Saturday, December 11, 2010
azam sang ratu :)
Author: sangratu
| Posted at: 9:27 AM |
Filed Under:
:♥:my list:♥:
|
0
comments
- Langsaikan puasa ganti 13 hari; amalkan berpuasa setiap hari isnin & khamis walaupun puasa ganti sudah berbayar
- Tingkatkan sOlat 5 waktu; jangan selalu lalai
- Perbanyakkan amalan-amalan sunat; ratu nak cuba tingkatkan amal ibadah
- Khatam al-Quran, hafaz surah-surah & dalami tafsir al-Quran; ratu nak mantapkan kembali pengetahuan agama ratu.
- Tingkatkan pOinter dan prestasi pengajian; ratu kena lebih gigih dan tekun lagi
- Tingkatan prestasi kedatangan kuliah; harap ratu takkan selalu sakit dan slalu tertinggal kuliah lagi heheh
- Selesaikan tugasan & assignment tepat pada masa; ratu perlu ada strategi dan perancangan pembelajaran
- Lakukan rawatan rambut & cari style baru; risau rambut kerap gugur, rasanya ratu nak pOtong pendek ja
- Lakukan perubahan imej; ratu tetap dengan imej bertudung cuma nak tingkatkan keyakinan diri & cuba pelbagai gaya! hidup lebih serOnok kan!
- Punya hObi baru; nak punya haiwan peliharaan semula.
- Perbanyakkan bersedekah dan menderma; nak jadikan ini suatu kewajiban dalam hidup ratu!
future planning sang ratu ^_^
Author: sangratu
| Posted at: 8:06 AM |
Filed Under:
:♥:my list:♥:
|
0
comments
- Habiskan pengajian; PTS > UPSR > PMR > SPM > DIPLOMA > DEGREE > MASTER > PHD alhamdulilah ratu sekarang sedang meneruskan pengajian di peringkat ijazah. hmm walaupun pelbagai cabaran & dugaan terpaksa ratu hadapi diharapkan ratu dapat mencapai matlamat ratu!
- Dapatkan kerjaya & karier yang baik; prOspek ratu nak menjadi seorang ahli akademik.
- Kumpul duit & aset peribadi; simpanan, rumah, kereta, insurans dll..
Ikat hubungan dengan chentahati tersayang.- Jaga kebajikan ayah & mOmma tercinta; ratu nak balas semua jasa-jasa dOrang.
- Belajar bahasa asing; bagi ratu ini suatu keperluan.
- Pakai pendakap gigi.
- Jelaskan hutang pengajian MARA, PTPTN & ansuran motor; Islam tidak menggalakkan penganutnya berhutang, jika berhutang perlulah dilangsaikan dengan penuh tanggungjawab.
- Adakan majlis khatam al-Quran; walaupun ratu sudah berkali-kali khatam al-Quran tapi ratu tak pernah mengadakan majlis, cuma hantar pulut kuning ja tanda kesyukuran masa pertama kali khatam. Insyalah mungkin di masa majlis perkahwinan ratu, akan ratu adakan malah ratu mahu bakal suami ratu sendiri juga sama-sama khatam, tentu lebih bermakna ya kan!
- Beri makan kepada anak-anak yatim, fakir miskin & ibu-ibu tunggal; telah ratu niatkan dalam hati, pada hari perkahwinan ratu suatu hari nanti akan ratu jemput mereka semua untuk memeriahkan hari bersejarah dalam hidup ratu dan menggembirakan hati mereka adalah sangat dituntut!
- Bawa motor besar; tentulah idOla saya Dato' Maznah Zolkifli XD
- Menyertai aktiviti-aktiviti lasak & mencabar; ikutkan macam-macam ratu nak buat - skuba, snOrkel, menunggang kuda, memanah, gokart, paintball, flying fOx, terjun bungee, rOck climbing, kOnvoi bermOtor, hiking, abseiling, repelling, perahu layar, mOuntain climbing dll huhu
- Mengembara terutamanya mengerjakan umrah & haji; harap-harap diberi kesempatan mempelajari & menjelajah tempat orang.
- Membalas kebaikan semua orang yang pernah ratu kenali; ini juga ratu niatkan dalam hati sampai bila-bila.
Subscribe to:
Comments (Atom)





